CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 2 days ago
229.53K followers
402 views
22 likes
1 comments
15 shares

๐—•๐—”๐—ฌ๐—œ ๐— ๐—”๐—จ๐—ง ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—›๐—”๐—ก; ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฆ๐—จ๐—› ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—จ๐—› PETALING JAYA, 14 Mei 2026: Seorang pengasuh sebuah taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Mengikut fakta kes yang dikemukakan, pada 5 Mei yang lalu, seorang bayi lelaki berusia 7 bulan telah dibawa ke sebuah hospital sebaik ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan di Bandar Kinrara, Puchong. Sebaik tiba di hospital, pegawai perubatan mengesahkan bayi tersebut telah meninggal dunia. Bertindak atas laporan polis yang dibuat bapa bayi tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang telah menahan seorang pengasuh untuk siasatan dan tindakan lanjut. Pihak polis percayai terdapat unsur jenayah dilakukan terhadap bayi tersebut, hasil penelitian kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Majistret Farah Azura Mohd Saad tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP