Posted 1 day ago
35.29K followers
318 views
7 likes
0 comments
0 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ Pertandingan Mewarna anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) memeriahkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026 Peringkat Kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang. Pertandingan ini melibatkan dua kategori, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun. Para peserta berpeluang mengekspresikan kreativiti dan imaginasi melalui gabungan warna, di samping mengasah ketelitian serta daya tumpuan. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Datoโ Paduka Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka. Penganjuran pertandingan ini menjadi wadah untuk menyemai kecintaan terhadap bahasa dan budaya kebangsaan sejak usia muda, di samping membuka ruang penglibatan kanak-kanak dan keluarga dalam menyemarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. #BahasaJiwaBangsa #BulanBahasaKebangsaan2026 #DewanBahasadanPustaka #PerbadananPerpustakaanAwamPulauPinang