CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
229.53K followers
1.77K views
57 likes
0 comments
40 shares

๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ข๐—Ÿ ๐—”๐——๐—œ๐—ž ๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—œ; ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก PASIR MAS, 11 Mei 2026: Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Pasir Mas hari ini atas dua pertuduhan merogol adik tirinya yang berusia 13 tahun. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 376 (3) yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, bagi setiap pertuduhan jika disabitkan kesalahan. Dalam kamar pertuduhan hari ini, Hakim Zulkifli Abdullah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 tahun beserta 20 sebatan, bagi kedua-dua pertuduhan. Terdahulu, tertuduh telah ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tanah Merah pada 5 Mei yang lalu, sejurus menerima laporan polis yang dibuat mangsa. Mangsa mendakwa tertuduh, iaitu abang tirinya, telah cuba mencabulnya pada tengah malam 4 Mei yang lalu. Kejadian seumpamanya didakwa telah berlaku sejak penghujung tahun 2025 lagi. Mangsa juga pernah dicekik oleh tertuduh, dengan memberi amaran agar tidak memaklumkan kejadian kepada sesiapa. Pemeriksaan lanjut pegawai perubatan ke atas mangsa kemudiannya mendapati terdapat koyakan lama pada bahagian alat sulit, sekaligus membawa kepada pertuduhan jenayah rogol. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP