Posted 2 months ago
61.09K followers
1.44K views
39 likes
2 comments
0 shares
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮, 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐢𝐬𝐢𝐩𝐥𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠 Pagi ini, saya meraikan undangan merasmikan MAJLIS KONVOKESYEN MUEZZA EDUCATION GROUP serta Menandatangani Sijil Pelajar yang berlangsung di INTERNATIONAL YOUTH CENTRE (IYC), Kuala Lumpur. Tahniah kepada seluruh warga Muezza Education Group atas komitmen berterusan dalam membangunkan pendidikan dan potensi generasi muda negara. Dalam ucapan saya, saya menekankan bahawa pendidikan hari ini perlu dilihat secara holistik — bukan sekadar kecemerlangan akademik, tetapi turut melibatkan pembangunan disiplin, kekuatan mental, sahsiah dan kemahiran diri. Saya turut menyentuh mengenai sukan memanah sebagai satu sukan berprestij yang sangat berkait rapat dengan sains sukan, fokus, ketepatan dan kekuatan emosi. Memanah bukan sekadar mengenai sasaran, tetapi tentang bagaimana seseorang itu menguasai diri sendiri. Malaysia sebenarnya mempunyai potensi besar dalam arena memanah dunia sekiranya pembangunan bakat muda, teknologi sukan, sistem latihan dan ekosistem pembangunan atlet terus diperkukuhkan secara strategik dan konsisten. Turut sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Abdul Halim Bin Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif Muezza; Dr. Wan Muhammad Adam Bin Wan Norudin, Penasihat Muezza; Tuan Adam Bin Jalalel Din serta Tuan Aiman Faris Bin Mohd Aris. Semoga anak-anak yang diraikan hari ini terus melakar kejayaan dan menjadi generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan, tetapi juga memiliki disiplin, jati diri dan semangat untuk mengharumkan nama negara. #pendidikanuntuksemua #GenerasiMasaDepan #SukanMemanah #PembangunanBelia #malaysiamadani