Posted 3 weeks ago
26.83K followers
1.5K views
58 likes
2 comments
2 shares
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 Penglibatan No 12 Skuadron, pesawat Su-30MKM, No 18 Skuadron, pesawat F/A-18D Hornet dan No 1 Skuadron, pesawat CN235-220MSA dalam Exercise Bersama Lima 2026 bersama negara-negara anggota Five Power Defence Arrangements (FPDA) perkukuh kebolehoperasian dan kesiagaan aset serta warga udara. Eksesais tahun ini merangkumi siri latihan di domain darat, udara dan maritim selain memperkenalkan senario baharu yang mencabar keupayaan pasukan gabungan beroperasi dalam persekitaran pelbagai domain yang kompleks. Pelaksanaan eksesais turut menguji keupayaan penyelarasan operasi bersama menerusi pengoperasian Markas Pemerintahan Gabungan yang dianggotai oleh anggota dari semua negara FPDA. Penyertaan TUDM mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kebolehoperasian bersama, meningkatkan kesiapsiagaan operasi udara serta mempererat kerjasama pertahanan demi mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau. #creatorsearchinsights #militarytraining #tudm