bernamaofficial · @bernamaofficial

Posted 1 week ago
730.29K followers
1.03K views
45 likes
0 comments
0 shares

𝐁𝐀𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐋𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈, 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐏𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐑𝐔𝐀𝐍 #PortDickson Negeri Sembilan lazimnya terkenal dengan daging dan itik salai, namun kini terdapat satu menu baharu yang semakin popular termasuk dalam kalangan pengunjung sekiranya singgah di negeri beradat ini. Baung salai mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak, namun di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, hidangan itu antara makanan tradisional yang cukup sinonim dengan masyarakat setempat. Kuah kuning keemasan yang pekat menyelaputi isi baung salai yang lembut dan pejal, manakala gabungan rasa lemak santan segar, kepedasan cili api kampung, kunyit hidup, air perahan limau, asam keping dan haruman daun kesum menjadikan setiap suapan begitu menyelerakan. Keistimewaannya turut terletak pada aroma salai yang meresap dalam isi ikan, menghasilkan cita rasa yang unik serta menyerlahkan keenakan resipi turun-temurun masyarakat Linggi yang terus dipelihara hingga kini. Keenakan itulah yang membawa pengunjung dari seluruh pelosok negara ke Warung Dayang Salai D’Linggi, malah ada yang sanggup menempuh perjalanan ratusan kilometer semata-mata mahu menikmati hidangan ikan air tawar itu. “Setiap meja mesti ada gulai baung, walaupun mereka ambil daging salai, ayam salai atau keli salai, gulai baung tetap ada... dah makan baung, barulah boleh balik,” kata pemilik warung itu, Rozianah Ahmad, 57, ketika ditemui Bernama. 📸 fotoBERNAMA #BernamaNews #BernamaImages #BaungSalai #DUNLinggi