MAF TV · @tenteramalaysia_

Posted 5 months ago
7.09K followers
771 views
72 likes
1 comments
1 shares

𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐓𝐃𝐌–𝐓𝐃𝐈 𝐃𝐈 𝐄𝐊𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐌𝐀𝐔 𝐒𝐇𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓 Mahajan Field Firing Range, Rajasthan, India — 5 Disember 2025: Eksesais Harimau Shakti Siri 6/2025 membuka tirainya dengan perbarisan rasmi di Grand Stand, Chidasar Training Area, menandakan kesinambungan kerjasama ketenteraan yang kukuh antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat India (TDI). Eksesais dua hala ini terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan kesiagaan operasi kedua-dua angkatan darat. Upacara pembukaan disempurnakan oleh Major General Ajit M Yeole, VSM, General Officer Commanding, 26th Division Tentera Darat India. Malaysia pula diwakili oleh Kol Dr Nizlan bin Mohamed, Malaysian Defence Advisor, yang hadir bagi menyaksikan pelaksanaan eksesais edisi keenam ini. Seramai 30 pegawai dan 155 anggota LLP terlibat secara keseluruhan. Penyertaan TDM melibatkan 11 Pegawai dan 45 LLP dari 25 RAMD, serta 6 Pegawai dan 3 LLP sebagai Tim Pemerhati. Manakala TDI menggerakkan kekuatan 13 Pegawai dan 107 LLP, menjadikan eksesais ini antara yang terbesar dari segi penyertaan pada tahun ini. Eksesais Harimau Shakti terus menjadi wadah penting dalam meningkatkan tahap interoperability, memperkukuh kepakaran taktikal dan memantapkan persefahaman profesional antara kedua-dua pasukan. 25 RAMD berbangga kerana diberi amanah memikul tanggungjawab utama dalam edisi kali ini. Semoga setiap fasa latihan berlangsung dengan selamat dan mencapai sasaran operasi yang digariskan. “Gagah Setia” #maftv #EksHarimauShakti #TenteraDaratMalaysia #DutyHonourSacrifice #PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan