Posted 1 month ago
232.6K followers
11.4K views
391 likes
2 comments
46 shares
๐ ๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐-๐๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก๐ ๐๐๐๐ข๐ก๐; ๐ญ๐ฏ ๐๐ก๐๐๐ฉ๐๐๐จ ๐๐๐๐๐๐ช๐ KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026: Seramai 13 individu tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan merusuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh 5 tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Kejadian didakwa berlaku di sebuah premis perniagaan di Jalan Jinjang, Jinjang Utara Kuala Lumpur, pada 11 Jun yang lalu. Punca rusuhan dipercayai akibat isu tuntutan bayaran pinjaman ahlong. Dua pemungut hutang yang tiba dari Pulau Pinang untuk urusan tuntutan bayaran balik, telah dipukul oleh tertuduh-tertuduh, yang mendakwa risaukan keselamatan peminjam berkenaan. Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul telah menjalankan beberapa siri serbuan di sekitar Kuala Lumpur bagi mengesan mereka yang terlibat. Kesemua individu berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut pada 12 Jun yang lalu. Dalam kamar pertuduhan hari ini, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Majistret Illi Marisqa membenarkan jamin antara RM4,500 hingga RM5,500 setiap seorang. Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 13 Ogos depan. Dalam perkembangan berkaitan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, salah seorang tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata terhadap mangsa. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim Suhaila Haron membenarkan jamin sebanyak RM8,000, sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 22 Julai depan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP