CID_RMP · @cidrmp

Posted 2 weeks ago
237.28K followers
8.61K views
232 likes
3 comments
24 shares

𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝗘𝗞𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2026: Seorang lelaki berusia 59 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan, yang mana membawa hukuman penjara sehingga tempoh 20 tahun beserta sebatan. Ia susulan tindakannya yang didakwa membakar seorang penjaga kaunter kedai nombor ekor, seorang wanita berusia 62 tahun pada pagi 9 Ogos yang lalu. Dalam kejadian di Taman Pusat Kepong Kuala Lumpur itu, mangsa telah diserang oleh tertuduh dengan cecair, sebelum dibakar hingga menyebabkan kesan melecur 50% di bahagian seluruh badan. Bertindak atas risikan dan siasatan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul telah berjaya memberkas tertuduh di sebuah rumah di Taman Sri Segambut pada 18 Ogos yang lalu. Pihak polis turut merampas beberapa helai pakaian, sebuah motosikal serta botol mengandungi petrol, dipercayai terkait kes. Motif kejadian dipercayai berpunca akibat pertikaian wang kemenangan ramalan nombor ekor. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim Datin Surita Budin membenarkan jamin sebanyak RM15,000 dan menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP