CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 5 months ago
229.53K followers
5.21K views
135 likes
4 comments
16 shares

๐—š๐—˜๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ก๐—›๐—ข๐—Ÿ๐—˜ ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ; ๐Ÿณ ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” KUALA LUMPUR, 19 November 2025: Pihak polis telah berjaya menyelesaikan enam kes kecurian kabel di kawasan Wangsa Maju dan Sentul, susulan penahanan tujuh individu baru-baru ini. Kesemua mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini Dan berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 379 dan 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan mencuri kabel. Sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali. Mengikut fakta pertuduhan yang dikemukakan, enam individu telah diberkas sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju pada awal pagi 11 November yang lalu, sewaktu mereka sedang giat melakukan kerja-kerja memotong kabel. Pihak polis turut berjaya merampas beberapa peralatan membuka manhole, beberapa batang kabel, peralatan memotong kabel serta beberapa buah kenderaan termasuk yang dilaporkan dicuri. Pihak polis turut melakukan tangkapan susulan dengan menahan seorang lagi lelaki tempatan dipercayai bersabit dengan kes yang disiasat untuk siasatan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini,kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan. Majistren Pn Noorelynna Hanim membenarkan jamin sebanyak RM 4000 setiap tertuduh dan tarikh sebutan semula kes pada 28 Januari 2026. #POLISDIRAJAMALAYSIA #jabatansiasatanjenayah #CIDRMP