CID_RMP · @cidrmp

Posted 1 week ago
232.6K followers
11.5K views
309 likes
6 comments
34 shares

𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗢𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗘𝗞𝗔 𝟮𝟰 𝗝𝗔𝗠; 𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 KOTA BHARU, 15 Julai 2026: Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas kesalahan cubaan merompak. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan. Pada awal pagi 7 Mei yang lalu, tertuduh didakwa telah cuba merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam yang terletak di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan. Tertuduh dikatakan telah masuk ke dalam premis dengan menyamar sebagai pelanggan, sebelum menghampiri kaunter untuk mendapatkan pin Touch & Go sebanyak RM2,000. Bagaimanapun, cubaan tersebut gagal apabila penjaga kaunter memaklumkan sistem terminal tidak dapat diakses kerana tiada sambungan internet. Tertuduh kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau dan cuba menakutkan penjaga kaunter, sebelum beredar meninggalkan lokasi. Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D9 IPK Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu telah menggerakkan usaha risikan dan berjaya memberkas tertuduh di Jinjang, Kuala Lumpur pada 12 Mei yang lalu. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan. Majistret Vinoshen A/L Raveentharan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama dua bulan dari tarikh mula ditangkap. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP