Posted 4 days ago
230.92K followers
8.85K views
304 likes
0 comments
72 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ฆ ๐ง๐๐ง๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐๐จ ๐๐๐๐๐๐ช๐ JASIN, 23 Jun 2026; Seorang individu berusia 26 tahun yang berada dalam senarai dikehendaki polis sejak tahun 2024, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini atas jenayah bunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Tertuduh dikehendaki polis, susulan kejadian tetak hingga menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki tempatan di Taman Rim Baru, Jasin pada malam 25 Ogos 2024. Dalam kejadian tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Jasin, akibat ditetak menggunakan senjata tajam di beberapa bahagian badan. Motif kejadian dipercayai berpunca akibat dendam sengketa lama di antara adik mangsa dengan tertuduh. Setelah lama menghilangkan diri, tertuduh berjaya diberkas susulan penahanan tertuduh di bawah kesalahan dadah, di daerah Brickfields. Bertindak atas maklumat yang diperolehi, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jasin dan Bahagian D9 IPK Melaka telah menahan tertuduh untuk tindakan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh, merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Majistret Mazana Sinin tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP