Posted 7 hours ago
1.98K followers
36 views
0 likes
0 comments
0 shares
🏆 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛 𝗕𝗟𝗢𝗢𝗠 𝗩𝗘𝗡𝗧𝗨𝗥𝗘𝗦 𝗖𝗛𝗔𝗟𝗟𝗘𝗡𝗚𝗘 (𝗕𝗩𝗖) 𝟮𝟬𝟮𝟲 ISNIN | 6 JULAI 2026, Sesi Penyampaian Hadiah Bloom Ventures Challenge (BVC) 2026 telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan. Bloom Ventures Challenge (BVC) merupakan pertandingan keusahawanan yang dianjurkan oleh Program Siswa Niaga (PSN) KPMBP bagi memberi pengalaman sebenar kepada pelajar dalam mengendalikan perniagaan. Melalui pertandingan ini, setiap kumpulan diberikan peluang untuk merancang strategi, mengurus operasi dan menjalankan jualan dalam tempoh pertandingan. Prestasi kumpulan dinilai berdasarkan jumlah hasil jualan yang berjaya dicapai sepanjang tempoh pertandingan, sekali gus menggalakkan semangat daya saing yang sihat dalam kalangan peserta. Pertandingan ini bukan sekadar menguji kemampuan menjual, malah membentuk kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, penyelesaian masalah dan pengurusan kewangan dalam situasi sebenar. Pendekatan ini selaras dengan konsep experiential learning, di mana pelajar belajar melalui pengalaman sebenar sebagai usahawan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas usaha, kreativiti dan komitmen yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus mengembangkan potensi dalam bidang keusahawanan serta melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta kepada semua peserta dan warga PSN yang telah menjayakan pertandingan ini. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupkanBiarBerjasa #MalaysiaMADANI