Posted 4 days ago
229.53K followers
657 views
31 likes
0 comments
13 shares
๐๐ ๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐๐ ๐; ๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ ๐๐จ๐ก๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐ GUA MUSANG, 10 Mei 2026: Susulan penemuan mayat lelaki dalam anak Sungai di Kampung Pulai pada 23 April yang lalu, seorang lelaki warga Thailand berusia 47 tahun dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Gua Musang hari ini atas pertuduhan membunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Pada sekitar jam 2 petang 23 April yang lalu, pihak polis menerima maklumat orang awam berkaitan penemuan satu mayat lelaki tidak berpakaian di dalam anak sungai yang terletak dalam sebuah kebun getah. Berdasarkan semakan fizikal ke atas si mati, terdapat beberapa kecederaan di beberapa bahagian badan si mati dipercayai akibat tetakan. Bertindak atas siasatan yang dijalankan, pihak polis percayai jenayah ini dilakukan oleh tertuduh, yang telahpun berada dalam tahanan reman atas kesalahan imigresen. Motif kejadian dikatakan berpunca apabila isteri tertuduh dikatakan menjalinkan hubungan dengan si mati. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini merupakan bidang kuasa Mahmakamah Tinggi. Hakim Nik Mohd Tarmizie Ramli tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 26 Julai depan untuk serahan laporan perubatan dan kimia. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP