Posted 1 week ago
231.73K followers
6.53K views
228 likes
3 comments
87 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐ฃ๐๐ก๐ ๐๐จ๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ฅ๐ & ๐ฃ๐๐๐จ๐ฅ๐จ ๐ง๐๐๐จ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐ช๐ GUA MUSANG, 7 Julai 2026: Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini atas pertuduhan memiliki senapang buatan sendiri serta pemilikan 7 butir peluru penabur. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh 14 tahun dan sebatan tidak kurang 6 kali, jika disabitkan kesalahan. Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Pada pagi 27 Jun yang lalu, tertuduh telah diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Hasil serbuan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gua Musang telah menemukan 7 butir peluru penabur 12 bore dan selaras senapang tangan buatan sendiri. Melalui siasatan yang dijalankan, tertuduh didakwa telah mendapatkan bekalan peluru tersebut di negara jiran, Thailand. Senapang dan peluru yang dirampas didakwa bertujuan bagi kegunaan aktiviti memburu. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan-pertuduhan dibacakan. Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Shukri memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 3 tahun dan 6 sebatan bagi pertuduhan pertama. Bagi pertuduhan kedua pula Hakim memerintahkan menjalani hukuman 2 tahun penjara. Hukuman berjalan serentak. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP