Posted 2 days ago
27.97K followers
856 views
20 likes
1 comments
1 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐?โ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan telah menganjurkan Kolokium Sastera: Kajian Genre Cerpen bertemakan โAda Apa dengan Cerpen?โ pada 13 Mei 2026 (Rabu), pukul 8.30 pagi โ 4.30 petang, bertempat di Ruang Legar, Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP bersempena dengan Ulang Tahun DBP Ke-70. Kolokium ini menampilkan seramai 15 orang penulis yang menekuni genre cerpen, iaitu YBhg. Datuk Jasni Matlani, YBrs. Prof. Madya Dr. Mawar Safei, YBrs. Dr. Maskiah Masrom, YBrs. Dr. Nadia Khan, Encik Osman Ayob, Encik Abang Median Abang Said, Encik Azrin Fauzi, Encik Mohd Fudzail Mohd Nor, Encik Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir), Encik Witer Gunik, Puan Nisah Haron, Puan Salina Ibrahim, Puan Hazwani Ilham (Rebecca Ilham), Puan Siti Aisah Murad dan Puan Azura Mohd Halid. Para pembentang telah berkongsi konsep genre cerpen daripada perspektif, persepsi, kreativiti dan falsafah masing-masing. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Sasterawan Negara Datoโ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau menyatakan kolokium yang diadakan ini merupakan ruang wacana untuk memperkukuh pemahaman terhadap genre sastera dalam kalangan masyarakat, dengan tumpuan khusus kepada cerpen sebagai medium penceritaan yang mencerminkan pemikiran, pengalaman dan realiti kehidupan. Kolokium ini diharapkan dapat membuka horizon baharu kepada generasi muda dan penulis baharu untuk mendalami proses penciptaan karya sastera secara lebih sedar, berfokus dan bermakna. #BahasaJiwaBangsa