Posted 2 weeks ago
35.51K followers
5.34K views
142 likes
0 comments
18 shares
๐ง๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ก ๐ข๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ช๐๐ง๐ ๐๐ง๐ Bertempat di Wisma Perwira ATM, telah berlangsung Majlis Anugerah Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2025. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Sukan Angkatan Tentera dalam menghargai sumbangan atlet, jurulatih dan pentadbir sukan yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan pembangunan sukan ATM. Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) turut diberi kepercayaan untuk mengiringi majlis menerusi persembahan muzik dan hiburan yang bersesuaian, sekali gus menyemarakkan suasana serta menyerlahkan sentuhan seni dan budaya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga ATM, khususnya para olahragawan dan olahragawati yang telah mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia di persada sukan. #BadanKesenianTenteraDarat #BKTD #AnugerahSukanATM2025 #OlahragawanATM #OlahragawatiATM