Penjara Bentong · @penjarabentong.official

Posted 1 month ago
6.35K followers
7.81K views
151 likes
9 comments
25 shares

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 Bentong, 16 April 2026 (Khamis) - Program Outreach Peringkat Prospek Penjara Bentong Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perdana, Penjara Bentong. Aturcara program dimulakan dengan pergerakan serta pendaftaran ahli keluarga prospek. Seterusnya adalah program ceramah yang dihadiri oleh barisan penceramah jemputan iaitu Puan Zareena Binti Haji Ahmad (Wakil Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang), Encik Mohamad Rahmat Bin Mustafa Sakri (Corporate Smart Internship - CSI), Puan Norbaizura Binti Embong (Penolong Pegawai Psikologi PDRM), Encik Sazali Bin Jamaluddin (Proper Outreach Korektif) serta Encik Mohd Razman Bin Rahmat (Wakil Pengasih Cinta Kasih). Majlis turut diserikan dengan kehadiran PKK Azuwan Hafiz bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Antara pengisian lain, prospek turut mempersembahkan pelbagai aktiviti menarik termasuk nyanyian, talk show serta tarian zapin sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan dan pembangunan diri. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat serta mengeratkan hubungan antara prospek dan ahli keluarga, di samping menyokong proses pemulihan secara menyeluruh. #jabatanpenjaramalaysia #malaysiamadani #capcut #bentong #outreach