CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 2 weeks ago
236.68K followers
39.2K views
1.3K likes
5 comments
203 shares

๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐—•๐—จ๐—ก๐—จ๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ BATU PAHAT, 17 Ogos 2026: Empat lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini bagi pertuduhan jenayah bunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302/34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Pada 3 Ogos yang lalu, pihak polis menerima maklumat orang awam berkaitan penemuan mayat seorang lelaki yang dibalut dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Batu Pahat, Johor. Bertindak atas siasatan dan maklumat yang diperolehi, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9 IPK Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Pahat telah memberkas tertuduh-tertuduh di sekitar Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Beberapa barangan peribadi turut dirampas untuk tindakan lanjut. Motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Majistret Mustaqim bin Sukarno tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 14 Oktober 2026 untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP