Posted 2 days ago
229.53K followers
3.04K views
67 likes
0 comments
30 shares
๐๐จ๐ก๐จ๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐ฆ; ๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ช๐ ๐ ๐๐ ๐๐จ๐ก๐จ๐ AYER TAWAR, 14 Mei 2026: Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Seri Manjung hari ini atas pertuduhan membunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjara sehingga tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan, pihak polis menerima maklumat awam akan kejadian samun di sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang warga emas di dalam sebuah ladang kelapa sawit, pada awal pagi 7 Mei yang lalu. Dalam kejadian tersebut, tertuduh didakwa telah masuk dan memukul pasangan tersebut di dalam rumah sebelum melarikan diri dengan beberapa barangan peribadi milik mangsa. Mangsa seorang lelaki berusia 85 tahun telah mendapat kecederaan parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di Hospital Manjung pada 8 Mei yang lalu. Bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Siasatan Khas D9 IPK Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung telah berjaya menahan tertuduh di sebuah hotel di bandar Setiawan Perak. Turut dijumpai adalah beberapa barangan milik mangsa. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Majistret Puan Asma' Nahdiyya binti Ab Rahim tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan tarikh 20 hb Ogos 2026 untuk sebutan semula kes. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP