CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 month ago
232.6K followers
16.5K views
413 likes
1 comments
151 shares

๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ; ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” AYER KEROH, 19 Jun 2026: Tiga lelaki tempatan berusia 17 hingga 25 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dengan sengaja terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. Dalam kejadian pada awal pagi 2 Jun yang lalu, tertuduh-tertuduh didakwa cuba melarikan diri dalam sebuah kenderaan, sewaktu pihak polis hendak melakukan pemeriksaan. Tertuduh didakwa telah melempar batu ke arah pihak polis, dalam usaha melepaskan diri. Kenderaan tertuduh telah dipandu laju menghala ke arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan, sebelum ditinggalkan di kawasan rawat & rehat Bukit Gambir. Kesemua tertuduh berjaya meloloskan diri melalui kawasan hutan berhampiran. Bertindak atas risikan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah telah berjaya memberkas dan menahan tertuduh- tertuduh di Ulu Tiram Johor pada 6 Jun yang lalu. Dalam kamar pertuduhan hari ini, kesemua tertuduh mengaku bersalah dalam beberapa kamar pertuduhan sebaik pertuduhan dibacakan. Majistret- Majistret kemudiannya menjatuhkan denda sebanyak RM3,000 atau berdepan 8 bulan penjara sekiranya ingkar. Tertuduh yang berusia 17 tahun pula dibenarkan jamin sebanyak RM2,000, sementara menunggu laporan akhlak pada 20 Ogos depan. Dalam perkembangan berkaitan, seorang daripada tertuduh turut mengaku bersalah di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, kerana memiliki barangan curi. Tertuduh dipercayai memperoleh barangan tersebut hasil dari perbuatan curi kabel di sekitar Ulu Tiram, Bandar Seri Alam dan Ayer Keroh, Melaka. Majistret kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM2,000 atau jalani 2 bulan penjara sekiranya ingkar. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP