CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
230.96K followers
7.13K views
254 likes
1 comments
17 shares

๐—ฆ๐—”๐— ๐—จ๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฅ ๐—›๐—จ๐—ง๐—”๐—ก๐—š; ๐—ฆ๐—˜๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” AYER KEROH, 23 Jun 2026: Seorang kelindan lori berusia 29 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas enam pertuduhan jenayah samun. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan. Tertuduh pada awal pagi 5 Jun yang lalu, didakwa telah menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Permata Jaya, Melaka. Dalam kejadian tersebut, tertuduh telah mengeluarkan sebilah parang panjang dan mengarahkan pekerja premis menyerahkan wang tunai, sebelum beredar pergi dengan menaiki sebuah motosikal. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM180. Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9 IPD Melaka Tengah bersama Task Force Balai Batu Berendam dan Balai Bukit Baru telah berjaya memberkas tertuduh di Jalan Solok Bukit Bayan, Melaka pada petang 11 Jun yang lalu. Pihak polis turut merampas beberapa helai pakaian, pelitup muka serta sebuah motosikal dipercayai terkait langsung dengan kes-kes yang sedang disiasat. Siasatan mendapati tertuduh turut terlibat dengan beberapa siri rompakan kedai serbaneka lain di sekitar negeri Melaka, bagi melunaskan hutang kepada pemberi pinjam wang berlesen (ahlong) dan beberapa individu lain yang dikenali. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dan mohon dibicarakan. Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jamin sebanyak RM36,000 bagi kesemua enam pertuduhan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP