Posted 3 weeks ago
236.66K followers
6.51K views
166 likes
2 comments
2 shares
๐ฃ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐จ๐ฅ๐๐จ; ๐๐๐๐๐๐ ๐ฏ๐ฒ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ AYER KEROH, 5 Ogos 2026: Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun berdepan dengan lapan pertuduhan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, melibatkan kesalahan jenayah curi. Tertuduh berdepan lapan pertuduhan, masing-masing empat (4) di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 380 kerana mencuri di dalam bangunan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda, bagi setiap kesalahan, jika disabitkan kesalahan. Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun yang sama, tertuduh boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda. Perlakuan jenayah tertuduh dikesan susulan satu laporan polis yang diterima pada 11 Julai yang lalu. Salah seorang jemaah telah menemukan satu tabung surau dalam keadaan terbuka dipercayai akibat diumpil. Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka telah memberkas tertuduh di hadapan sebuah premis perniagaan di Taman Malim Jaya, Melaka pada 18 Julai yang lalu. Pihak polis turut merampas sebuah motosikal, beberapa helai pakaian serta peralatan dipercayai bagi tujuan jenayah, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Siasatan lanjut mendapati tertuduh turut terlibat dengan beberapa kes lain di sekitar bandaraya ini. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Majistret-Majistret menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 69 bulan dari tarikh mula ditangkap. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP