Posted 1 week ago
232.6K followers
27.8K views
933 likes
22 comments
189 shares
๐ฆ๐๐ ๐จ๐ก ๐๐จ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก, ๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐ข๐๐๐ก๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ AYER KEROH, 9 Julai 2026: Enam lelaki Rohingya, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga tempoh 20 tahun dan juga sebatan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan, kesemua tertuduh didakwa telah menyamun sebuah gudang simpanan bahan pembinaan pada awal pagi 15 Jun yang lalu. Dalam kejadian tersebut, tertuduh-tertuduh telah memukul, mengikat kaki dan tangan seorang penjaga stor, sebelum melarikan 13 palet acuan aluminium pelbagai saiz menggunakan dua buah lori. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM200,000. Bertindak atas maklumat yang diperolehi serta rakaman CCTV dari beberapa premis berhampiran, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9 IPK Melaka telah berjaya memberkas tertuduh-tertuduh di Taman Kasturi, Cheras, Selangor pada 19 Jun yang lalu. Pihak polis turut menemukan dan merampas tiga guni berisi bongkah aluminium, dua buah lori serta beberapa keping resit dan invois untuk siasatan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, setelah pertuduhan dibacakan, tiada pengakuan direkodkan dari kesemua tertuduh. Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 10 Ogos depan untuk sebutan semula kes, dengan kehadiran jurubahasa asing. Dalam perkembangan berkaitan, tiga lelaki Rohingya turut mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa permit yang sah. Majistret Sharda Sheinha Suleiman tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Ogos depan, dengan kehadiran jurubahasa asing. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP