Posted 2 weeks ago
61.4K followers
31.8K views
1.61K likes
37 comments
321 shares
๐๐จ ๐ก๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐ค๐๐, ๐๐ก๐ฆ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐ | Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini, anak jati Kota Siputeh yang berjaya meraih pingat Perak bersama pasukan Kedah dalam acara memanah recurve wanita berpasukan di SUKMA XXII Selangor 2026. Sebagai ADUN Kota Siputeh, sudah tentu saya amat berbangga apabila melihat seorang anak dari kawasan kita sendiri mampu melangkah sejauh ini. Bukan sahaja mengharumkan nama Kota Siputeh dan negeri Kedah, Ku Nurin Afiqah juga merupakan atlet memanah kebangsaan yang bakal membawa cabaran Malaysia di pentas Sukan Asia. Kejayaan ini membawa satu mesej yang cukup besar kepada seluruh anak-anak Kota Siputeh. Biar kita anak kampung, biar hidup kita mungkin serba sederhana dan tidak memiliki segala kemudahan, jangan sekali-kali kecilkan impian. Kerana cita-cita itulah nyawa yang menggerakkan langkah, manakala usaha, disiplin dan keberanian akan membawa kita melangkaui segala batas. Ku Nurin Afiqah adalah bukti nyata. Dari bumi Kota Siputeh, seorang anak muda boleh berdiri membawa nama Kedah, menyarung jersi negara dan mengangkat Jalur Gemilang di pentas antarabangsa. Asal-usul bukan penghalang untuk kita pergi jauh. Yang menentukan sejauh mana perjalanan kita ialah sebesar mana keberanian untuk bermimpi dan sekuat mana kesungguhan mengejarnya. Semoga kejayaan Ku Nurin Afiqah menjadi inspirasi buat seluruh anak Kota Siputeh untuk terus bercita-cita besar dalam apa jua bidang. Jangan pernah merasa kita terlalu kecil untuk dunia yang luas. Dari kampung-kampung kita juga mampu lahir atlet, ilmuwan, profesional dan figura hebat yang suatu hari nanti mengharumkan nama negeri serta negara. Terus melangkah, Ku Nurin Afiqah. Kota Siputeh bangga denganmu. Kedah bangga denganmu. Semoga suatu hari nanti, anak Kota Siputeh ini berdiri lebih tinggi di persada dunia, membawa bersama nama Malaysia yang kita cintai. . ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐. . #KotaSiputeh #KodiangSanglangPida #ybKodiang #KotaSiputehDiHati #TheGreaterKedah