CID_RMP · @cidrmp

Posted 5 days ago
246.61K followers
9.21K views
336 likes
7 comments
26 shares

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗝𝗨𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲 GENTING HIGHLANDS, 6 November 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini hadir menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Pakar Judi Siri 2/2026 yang berlangsung di Dewan Iltizam, Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, Pahang. Kursus ini julung kalinya dianjurkan secara bersama oleh Bahagian D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap), JSJ Bukit Aman dan Pusat Pengajian Sains Penyiasatan & Pendakwaan, Maktab PDRM Kuala Lumpur, dengan melibatkan penyertaan seramai 40 peserta, terdiri daripada 36 Pegawai Kanan Polis JSJ seluruh kontinjen, dua pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta dua pegawai awam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dalam amanat penutupnya, CP Datuk M. Kumar menegaskan bahawa kejayaan sesuatu operasi bukan hanya diukur melalui jumlah serbuan atau tangkapan, sebaliknya turut bergantung kepada kekuatan pembuktian, ketelitian pengendalian barang kes dan kualiti siasatan yang mampu dipertahankan di mahkamah. Beliau turut menegaskan bahawa sindiket perjudian kini semakin licik dengan mengeksploitasi kecanggihan teknologi, termasuk penggunaan sistem kawalan jarak jauh bagi memadam data digital, menyekat akses sistem serta menghapuskan bahan bukti ketika serbuan dijalankan. Justeru, setiap pegawai perlu sentiasa meningkatkan keupayaan teknologi, kepakaran dan kemahiran penyiasatan agar terus mendahului perubahan modus operandi. Turut hadir, Dato’ Mohd Shafie Harun, Ketua Pegawai Penguatkuasaan SKMM, Mohd Redzuen Abdullah Ketua Bahagian Risikan dan Teknologi Penguatkuasaan SKMM, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), Encik Mohd Shihabuddin Mukhtar Ketua Seksyen Wang Awam II Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), SAC Dato Mohd Yusri Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Basri Sagoni, Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ Bukit Aman,Tuan Haji Norazmir Ahmad, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Bentong dan Encik Gary Moey, Pengurus Besar Keselamatan GPL Group Sdn. Bhd. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP