Posted 1 week ago
246.6K followers
9.52K views
322 likes
7 comments
10 shares
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ง ๐๐ ๐๐ก ๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐ฃ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐๐ช๐๐ก ๐จ๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ (๐๐จ๐ก) ๐ ๐๐๐๐๐ MELAKA, 3 November 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (PJSJ) hari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam rangka Lawatan Kerja dan meninjau persiapan Jabatan Siasatan Jenayah bersempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Ketibaan beliau telah disambut oleh DCP Datuk Wira Dzulkhaโโiri Mukhtar, Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka, ACP Ahmad Zamry Marinsah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, bersama Pegawai-Pegawai Kanan Polis Kontinjen Melaka. Beliau turut mempengerusikan mesyuarat dalam usaha memantau penyelarasan tugas dan pemantapan pengurusan keselamatan, serta memperkukuh keselamatan awam dan tadbir urus Jabatan. Program diteruskan dengan sesi taklimat persiapan menghadapi PRU DUN Melaka Ke-16 yang disampaikan oleh ACP Ahmad Zamry Marinsah, meliputi aspek perancangan operasi, kesiapsiagaan sumber manusia serta keperluan pengurusan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh pilihan raya. Dalam sesi amanatnya, CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah JSJ Bukit Aman menekankan kepentingan kesiapsiagaan menyeluruh, tindakan proaktif serta penyelarasan gerak kerja yang mantap di semua peringkat bagi memastikan setiap penugasan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan berkesan. Lawatan turut merangkumi tinjauan ke Bilik Gerakan Full Manning serta taklimat dan demonstrasi penggunaan โBody Worn Cameraโ oleh Pasukan Cantas sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh aspek pemantauan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas. Turut bersama dalam kunjungan tersebut DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak, Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik), SAC Afzanizar Ahmad, Ketua Penolong Pengarah D1, SAC Junainah M. Kasbolah, Ketua Penolong Pengarah D5, SAC Basri Sagoni, Ketua Penolong Pengarah D7, dan SAC Muhammad Riduan Manap@Saif, Ketua Penolong Pengarah D9 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP