Posted 1 week ago
246.6K followers
10.2K views
388 likes
8 comments
131 shares
𝗢𝗣 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗠: 𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗚𝗥𝗔𝗡, 𝟯𝟲 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗔𝗠 SABAK BERNAM, 2 November 2026: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Cawangan D7, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan migran menerusi pelaksanaan OP PINTAS SOM di sekitar daerah Sabak Bernam, Selangor. Operasi yang dijalankan bermula 1 November 2026 hingga awal pagi 2 November 2026 itu melibatkan kerjasama Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin serta anggota Cawangan D6. Hasil serbuan di tiga lokasi berasingan, pihak polis telah menahan seramai 36 individu, terdiri daripada 25 migran warga Indonesia, termasuk dua kanak-kanak, serta 12 individu yang dipercayai terlibat sebagai transporter. Siasatan awal mendapati sindiket dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan migran masuk dan keluar Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan, dengan kadar bayaran antara RM1,500 hingga RM1,800 setiap seorang. Manakala transporter pulak mengenakan bayaran bermula RM500 bagi perjalanan ke lokasi di Lembah Klang, bergantung pada jarak perjalanan. Dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas sejumlah 11 buah kenderaan, 13 buah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM4,930 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 26A dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. PDRM akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket, termasuk pihak yang berperanan sebagai pengendali dan penyelaras aktiviti penyeludupan migran ini. PDRM menegaskan komitmen untuk mempergiat tindakan penguatkuasaan dan membanteras kegiatan penyeludupan migran yang menggunakan laluan tidak diwartakan demi memastikan keselamatan serta kedaulatan sempadan negara terus terpelihara. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP