CID_RMP · @cidrmp

Posted 1 week ago
246.6K followers
104.1K views
2.56K likes
393 comments
244 shares

[ 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 ] 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 “𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗜𝗣𝗗 𝗖𝗛𝗘𝗥𝗔𝗦” KUALA LUMPUR, 2 November 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini memaklumkan perkembangan terkini berhubung kematian seorang tahanan, yang ditahan di IPD Cheras pada 1 Oktober yang lalu. Pakar Patologi Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengesahkan terdapat kesan kecederaan fizikal yang bukan akibat perbuatan sendiri. Walau bagaimanapun laporan bedah siasatan masih belum diperolehi. Kes telah diklasifikasi semula di bawah seksyen 331 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan. Setakat ini, pihak polis telah merakam percakapan sebanyak (85) keterangan yang terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, Pegawai Perubatan, saksi awam dan keluarga mangsa bagi membantu siasatan. Kertas Siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Rabu ini, 4 November 2026 untuk nasihat dan arahan selanjutnya. Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis turut mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung dakwaan gangguan ke doktor semasa menjalankan tugas. Kes tersebut sedang disiasat di bawah seksyen 506, seksyen 186 dan seksyen 189 Kanun Keseksaan. Siasatan kes masih berjalan dimana seramai (14) orang saksi telah dirakam percakapan terdiri dari pegawai perubatan serta petugas hospital, polis, ahli keluarga dan Peguam. PDRM menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional bagi memastikan setiap fakta serta bukti diteliti sebelum tindakan selanjutnya diambil. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP