Posted 1 week ago
246.6K followers
3.84K views
122 likes
7 comments
5 shares
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก, ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ (๐๐๐ก) ๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ฃ๐จ๐ฅ๐ (๐๐ฎ) KUALA LUMPUR, 2 November 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini menerima kunjungan delegasi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura (D2). Delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) diketuai oleh Datuk Zulkifli Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan, En.Hairuddin Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian, En.Mohd Najib Dawod, Ketua Penolong Setiausaha, En. Megat Farizul Ikhwan Megat Khushari, Penolong Setiausaha, Puan Ainnur Assyeilla Abd Rahim dan Puan Hayattee Hamdan. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi KDN mengenai fungsi, peranan serta proses kerja yang dilaksanakan oleh D2, khususnya berkaitan pengurusan dan pendaftaran rekod penjenayah Malaysia dan Singapura. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk proses pendaftaran penjenayah serta keperluan mengemas kini maklumat berkaitan dalam sistem Criminal Records Information System (CRIS). Sesi lawatan dan perbincangan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan serta perkongsian maklumat antara PDRM dan KDN dalam memperkukuh pengurusan rekod jenayah, memastikan ketepatan data serta meningkatkan keberkesanan sistem pendaftaran penjenayah. Hadir sama mewakili PDRM ialah Supt. Syed Mohd Azam Syed Mohd Ibrahim, Penolong Pengarah (PP) D2, serta Pegawai-Pegawai Kanan Polis Jabatan Siasatan Jenayah. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP