Posted 3 weeks ago
246.8K followers
11.5K views
347 likes
11 comments
21 shares
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐. ๐ต/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ KUANTAN, 26 Oktober 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bil. 9/2026 yang berlangsung di Kuantan, Pahang. Dengan berbaki tempoh dua bulan menuju ke tahun baru, mesyuarat kali ini menjadi platform penting bagi kepimpinan tertinggi JSJ dalam menilai perkembangan dan pencapaian Jabatan, menyelaras tindakan, mengenalpasti kelemahan serta memperkukuh strategi dan keupayaan jabatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang cekap, profesional dan berkesan. Dalam mesyuarat hari ini, Datuk PJSJ menegaskan pengendalian kes hendaklah senantiasa dikendalikan dengan penyiasatan yang teratur, penyeliaan berkualiti, keputusan siasatan yang tepat, seiring dengan peruntukan undang-undang sedia ada. Usaha-usaha lebih proaktif hendaklah dijalankan dalam usaha membanteras jenayah kekerasan, khususnya melibatkan sindiket Kumpulan Jenayah Terancang. Selain itu, seiring dengan pekeliling yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 20 Oktober yang lalu, Datuk PJSJ mengingatkan seluruh kepimpinan JSJ agar tidak menggunakan aplikasi navigasi Waze, dalam menjalankan tugasan rasmi harian. Berdasarkan maklumat yang diterima, penggunaan aplikasi berkenaan dipercayai boleh memberi risiko keselamatan kepada negara. Kebajikan pegawai dan anggota turut diberikan penekanan khusus oleh Datuk PJSJ. Setiap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di peringkat Kontinjen masing- masing hendaklah memastikan aspek kebajikan tidak dipandang enteng, agar moral dan semangat 'esprit de corps' dapat dipertingkat dari masa ke masa. Turut bersama dalam mesyuarat tersebut DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP