๐“๐ƒ๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐€๐‘๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ ๐“๐€๐Š๐‹๐”๐Š ๐Ÿ ๐ƒ๐€๐ ๐๐Ž๐ƒ๐‚๐€๐’๐“ ๐„๐Š๐’๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐… KUALA LUMPUR, - Kedaulatan negara tidak datang percuma, ia dibayar dengan darah dan pengorbanan perajurit di barisan hadapan. Bagi memastikan kelangsungan naratif perjuangan ini terpahat teguh dalam jiwa rakyat, Tentera Darat Malaysia (TDM) memeterai kerjasama strategik berskala mega bersama industri kreatif menerusi Majlis Pelancaran Filem Takluk 2: Op DAULAT dan Pelancaran Podcast Tentera Darat di Lobi Utama, Wisma Pertahanan, hari ini. Majlis bersejarah ini disempurnakan dengan kehadiran Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman. Kemuncak acara menyaksikan pemeteraian Ikatan Perjanjian rasmi antara PTD dan Penasihat Kumpulan Multimedia Entertainment, Datuk Chua Tee Yong. Filem Takluk 2: Op DAULAT yang dijadualkan menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 26 November 2026, mengangkat kisah benar keberanian luar biasa dan kecekalan anggota TDM dan pasukan keselamatan lain menggempur penceroboh di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013. ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ง๐œ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐จ๐๐œ๐š๐ฌ๐ญ ๐“๐ƒ๐Œ Melangkah ke hadapan dalam mendominasi domain kognitif, TDM turut melancarkan Podcast Tentera Darat membawa tema "Di Sebalik Uniform, Ada Cerita" yang disempurnakan oleh PTD. Inisiatif rintis ini berfungsi sebagai platform digital interaktif untuk mendedahkan realiti kepimpinan, cabaran, serta pengorbanan anggota TDM secara telus kepada masyarakat. Episod perdana telah dirakamkan secara eksklusif bersama PTD sejurus selepas pelancaran. Kedua-dua serampang inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan TDM dalam mempelbagaikan dimensi komunikasi strategik. Pendekatan ini bukan sahaja menyemarakkan patriotisme, malah menterjemahkan visi Angkatan Masa Hadapan (AMH) yang adaptif dan inklusif dalam merapatkan institusi ketenteraan dengan segenap lapisan rakyat. #creatorsearchinsights