Posted 1 day ago
2.89K followers
132 views
5 likes
0 comments
0 shares
CINTA REMAJA Tertarik itu fitrah, punya perasaan itu manusiawi. Tetapi kita boleh menyukai seseorang, sedangkan Allah belum tentu menulis dia untuk kita. Kita punya perasaan, tetapi Allah punya aturan. Kita boleh merancang, tetapi Allah lebih tahu siapa yang terbaik untuk perjalanan kita. Jadi, jika belum dipertemukan dengan yang halal, biarlah hati ini belajar tenang dalam penantian. Bukan kerana tiada yang menarik hati, tetapi kerana kita memilih untuk menjaga hati daripada sesuatu yang belum Allah izinkan. Sendiri bukan bererti kesunyian. Kadang-kadang, sendiri adalah ruang untuk Allah menjaga hati kita sehingga tiba waktunya yang tepat. 🤍 Tertarik boleh. Berharap boleh. Tetapi biarlah Allah yang menentukan akhirnya. Single, but not alone. Hati ini masih ada Allah. 🤍 Dan tiba-tiba teringat pula kisah blind date itu… yang akhirnya tak menjadi apa-apa. Yang menjadi pula, rupanya bukan kisah kita, tetapi kisah dua insan yang cuba temukan kita… dan kita pula bertukar menjadi pelakon tambahan dalam cerita jodoh mereka. 😅 Pelakon utama wanita? Masih menunggu skrip seterusnya. Entah ke mana jodohnya tersesat… atau mungkin Allah sedang menyimpannya di halaman yang belum sampai untuk dibaca. 🤍 Pelakon utama lelaki pula… semoga Allah merahmatinya, mengampuni segala khilafnya, dan mengurniakan buatnya tempat di dalam taman-taman syurga-Nya. 🤲🏻 Al fatihah. Tiba-tiba sedih pula rasa… Mungkin begitulah hidup. Ada manusia yang kita sangka akan menjadi sebahagian daripada cerita kita Tetapi akhirnya Allah menulis mereka hanya sebagai satu bab yang pernah kita lalui. Dan kita? Masih di sini, menunggu bab yang Allah belum izinkan dibuka. Video sekadar hiasan. Kenangan sekadar kenangan. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah. 🤍 🎵 Cinta Remaja — Elyanaftantz #Elyanaftantz #fairuzselamatgv11 #JodohItuRahsiaAllah #AllahPunyaAturan #cintaremaja