Posted 1 month ago
247.42K followers
4.23K views
39 likes
2 comments
2 shares
๐๐ข๐ก๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐จ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฆ๐-๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐จ (๐ฃ๐๐) ๐๐-๐ญ๐ฑ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ (๐ญ๐ฑ๐ง๐ ๐จ๐ก๐๐ง๐๐ ๐ก๐๐ง๐๐ข๐ก๐ฆ ๐๐ข๐ก๐๐ฅ๐๐ฆ๐ฆ ๐ข๐ก ๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐ฉ๐๐ก๐ง๐๐ข๐ก ๐๐ก๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐) ABU DHABI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 01 Oktober 2026 - CP Datuk M.Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) mewakili PDRM turut mengiringi YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri hadir ke Kongres Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-15 mengenai Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah yang diadakan selama 6 hari pada 26 September 2026 sehingga 1 Oktober 2026. Penyertaan ini mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan bagi mendepani landskap jenayah yang semakin kompleks, termasuk jenayah terancang, jenayah perjudian, pemerdagangan manusia, radikalisasi dan Cyber-Enabled Crime (CEC) di peringkat antarabangsa. PDRM menyambut baik kenyataan YB MDN semasa menyampaikan โMalaysiaโs Pledge for Justiceโ, sebagai penegasan komitmen negara terhadap keadilan: โWith a view to advancing crime prevention and criminal justice, we pledge, by 2030, to strengthen a modern, equitable and people-centred rule-of-law framework, protect vulnerable groups through victim-centred and trauma-informed approaches, and advance responsible digital innovation in national crime prevention while safeguarding our people, national sovereignty and human dignity.โ โDalam usaha memajukan pencegahan jenayah dan keadilan jenayah, Malaysia berikrar menjelang 2030 untuk memperkukuh kerangka kedaulatan undang-undang yang moden, saksama dan berteraskan rakyat; melindungi golongan rentan melalui pendekatan berteraskan mangsa dan mengambil kira trauma; serta memajukan inovasi digital secara bertanggungjawab dalam pencegahan jenayah negara, sambil terus melindungi rakyat, kedaulatan negara dan maruah manusia.โ Komitmen ini turut memperlihatkan kesiapsiagaan PDRM dalam memperkukuh kerjasama kepolisan antarabangsa, perkongsian maklumat dan amalan terbaik, khususnya dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP