Posted 1 week ago
35.46K followers
14.9K views
1.72K likes
1 comments
8 shares
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐌𝐈𝐍𝐓𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟒𝟕 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 29 Sep 26 | Kuala Lumpur Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-47 Badan Kesenian Tentera Darat, telah diadakan Pertandingan Badminton yang melibatkan pegawai dan anggota BKTD yang bertempat di Arena Transit, Wisma Transit Kuala Lumpur. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Ulang Tahun BKTD, di samping memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan warga BKTD. Selain menguji kemahiran, ketangkasan dan semangat juang para peserta, pertandingan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan, memperkukuh semangat setiakawan serta meningkatkan kerjasama antara pegawai dan anggota BKTD. Majulah Sukan Untuk BKTD! Berkarya, Berbakti! #tenteradaratmalaysia #bktd #tiktokmalaysiа #OlahragawanATM #OlahragawatiATM