CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 4 days ago
240.56K followers
4.06K views
134 likes
0 comments
5 shares

๐—ฆ๐—”๐— ๐—จ๐—ก ๐——๐—จ๐—” ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—˜๐—ž๐—”; ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ž๐—จ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› AYER KEROH, 25 September 2026: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 dan 3 Ayer Keroh hari ini, atas dua pertuduhan melakukan samun ke atas dua buah kedai serbaneka 24 jam, pada awal pagi 18 September yang lalu Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan. Dalam kedua-dua kejadian, tertuduh dikatakan telah berpura-pura membuat transaksi tambah nilai, sebelum mengeluarkan tukul besi dan merompak wang tunai dan rokok di premis terbabit. Kejadian yang berlaku di Jalan Laksamana Cheng Ho 2 dan Taman Seri Telok Mas itu melibatkan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1,000. Bertindak atas siasatan di kedua-dua lokasi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Siasatan Khas (D9), JSJ IPK Melaka bersama Cawangan D9 JSJ IPD Melaka Tengah telah berjaya memberkas tertuduh di sebuah pusat cuci kenderaan di Muar, Johor pada petang hari yang sama. Pihak polis turut merampas beberapa helai pakaian, beberapa kotak rokok, sebuah motosikal serta topi keledar, dipercayai terkait langsung dengan kes. Dalam dua kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Selepas menimbangkan fakta kes, Hakim Raja Noor Adillah Raja Mahyaldin membenarkan jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes. Manakala dalam Mahkamah Sesyen 3 pula, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan samun. Hakim Rohatul Akmar Abdullah tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 26 Oktober depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP