Posted 1 week ago
240.56K followers
37.69K views
635 likes
31 comments
19 shares
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐. ๐ด/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ KUALA LUMPUR, 23 September 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bil. 8/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama JSJ, Menara 2, Bukit Aman. Memasuki suku terakhir 2026, mesyuarat kali ini menjadi platform penting bagi kepimpinan tertinggi JSJ dalam menilai perkembangan pencapaian Jabatan, menyelaras tindakan, mengenalpasti kelemahan serta memperkukuh strategi, bagi meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang lebih cekap, profesional dan berkesan. Semua bahagian dan kontinjen diarahkan meneliti tahap pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta mengambil tindakan pembetulan segera terhadap sebarang kelewatan atau jurang pencapaian. Pengurusan dan pengendalian siasatan juga perlu diselia secara rapi bagi menjamin keutuhan keterangan, kredibiliti pegawai serta kelancaran kes sehingga ke peringkat perbicaraan. Dalam ucapan CP Datuk M. Kumar, beliau menegaskan agar seluruh kepimpinan JSJ terus memperkukuhkan integriti, disiplin, profesionalisme bagi meningkatkan keberkesanan tindakan, disamping memastikan setiap arahan dan keputusan yang dipersetujui diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP