Posted 1 week ago
240.56K followers
45K views
1.08K likes
18 comments
48 shares
[๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐] ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐ฉ๐๐๐๐ข ๐ง๐จ๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐จ๐๐จ๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ KUALA LUMPUR, 22 September 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), mentaklimatkan bahawa Polis Diraja Malaysia telah mengesan satu rakaman video persembahan pentas yang dipercayai mempersenda Rukun Negara, selepas rakaman berkenaan tular di media sosial baru-baru ini. Hasil siasatan awal mendapati persembahan tersebut berlangsung secara tertutup di Penang Performing Arts Centre, Pulau Pinang pada tahun 2018. Polis telah mengenal pasti lima individu yang terlibat dalam persembahan berkenaan. Tiga daripadanya telah dipanggil untuk membantu siasatan, seorang berada di United Kingdom, manakala seorang lagi telah disahkan meninggal dunia. Ketiga-tiga individu yang ditahan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis kini sedang mengesan individu yang memuat naik dan menularkan rakaman berkenaan, termasuk menjalankan penelitian terhadap akaun media sosial, alamat protokol Internet serta jejak digital berkaitan. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan serta nasihat selanjutnya. PDRM memandang serius sebarang perbuatan yang boleh mempermainkan atau mempersenda Rukun Negara, yang merupakan asas perpaduan, keharmonian dan jati diri rakyat Malaysia. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan serta ketenteraman awam. #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP #POLISDIRAJAMALAYSIA