Posted 1 day ago
29.3K followers
732 views
13 likes
0 comments
0 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐ 21 September 2026, SARAWAK โ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku Sekretariat Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera), dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), menganjurkan Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) 2026, yang merupakan satu daripada kegiatan Mastera. SAKAT dianjurkan secara bergilir setiap tahun oleh negara-negara pendiri Mastera dan telah berlangsung sejak tahun 1999. Majlis Perasmian SAKAT 2026 yang berlangsung pada hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Dr. Haji Jeniri Amir, Ahli Lembaga Pengelola DBP, yang turut menyampaikan ucap utama bertajuk โLandskap Kesusasteraan Asia Tenggara: Realiti Empirikal dan Suara Serantauโ. Ucap utama tersebut selaras dengan tema SAKAT 2026, iaitu โMengimbangi Kecerdasan Buatan dengan Kecerdasan Semula Jadi dalam Sasteraโ. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP; YBrs. Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Yang Mulia Tuan Awang Suip Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam merangkap Pengerusi Mastera Brunei Darussalam; YBrs. Dr. Ganjar Harimansyah, Sekretaris Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa merangkap Setiausaha Mastera Indonesia; YBrs. Dr. Pitchay Gani Aziz, Lembaga Pengarah Centre for Research on Islamic and Malay Affairs, mewakili Mastera Singapura; dan YBrs. Encik Abang Haliman bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP. SAKAT 2026 berlangsung selama dua hari, iaitu pada 21 hingga 22 September 2026, dengan menampilkan lapan orang pembentang yang mewakili Mastera Brunei Darussalam, Mastera Indonesia dan Mastera Singapura. Seminar ini menjadi wadah penting untuk menghimpunkan pemikir, sarjana dan penggiat kesusasteraan dari rantau Asia Tenggara bagi membincangkan perkembangan, cabaran serta masa depan kesusasteraan dalam mendepani kemajuan kecerdasan buatan, di samping terus mempertahankan nilai, kreativiti dan kecerdasan semula jadi manusia dalam penghasilan karya sastera. #BahasaJiwaBangsa