CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
240.56K followers
780.9K views
29.3K likes
964 comments
17.4K shares

[ ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ] ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—™๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ KUALA LUMPUR, 26 Julai 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini melancarkan Program PDRM Fun Run 2026, satu inisiatif Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026. Acara yang bakal berlangsung pada 22 November 2026 (Ahad) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, terbahagi kepada dua kategori iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Penyertaan dibuka kepada seluruh masyarakat tanpa had umur dengan kadar yuran sebanyak RM55 bagi kategori 5 kilometer dan RM65 bagi kategori 10 kilometer. Dalam kenyataannya, CP Datuk M. Kumar berkata, program ini bukan sekadar acara larian, malah merupakan platform terbaik untuk mendekatkan warga PDRM dengan masyarakat melalui aktiviti berteraskan kesihatan, kekeluargaan dan kebersamaan dalam suasana yang lebih santai, mesra dan inklusif. Untuk maklumat, setiap peserta yang berdaftar akan menerima kit larian eksklusif yang merangkumi baju rasmi, medal penamat, bib larian, sijil penyertaan digital serta light snack. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi platform HeyJom. Selain acara larian, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan program, termasuk pameran aset-aset PDRM, reruai pameran dan jualan yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat dan pihak swasta. Lebih menarik, penganjur menyediakan cabutan bertuah sebanyak 219 hadiah, bersempena Sambutan Hari Polis Ke-219, yang pastinya menambahkan lagi keterujaan dan kemeriahan program. Hadir sama pada pelancaran petang ini DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/Perancangan Strategik), Ketua- Ketua Penolong Pengarah JSJ serta Pegawai Kanan dan Rendah Polis. Ayuh sertai PDRM Fun Run 2026! Berlari bersama, sihat bersama dan eratkan hubungan bersama PDRM demi komuniti yang lebih sejahtera. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP