CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
240.56K followers
677.18K views
18.1K likes
891 comments
777 shares

[๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”] ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š KUALA LUMPUR, 18 September 2026 โ€“ Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu memaklumkan bahawa kertas siasatan berhubung kes melibatkan Ketua UMNO Bahagian Sepang telah dirujuk dan ditaklimatkan kepada pegawai yang dikhaskan di Jabatan Peguam Negara pada jam 9.00 pagi hari ini. Kertas siasatan berkenaan kini dalam penelitian Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu arahan serta nasihat selanjutnya bagi menentukan tindakan susulan. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. PDRM akan meneruskan tindakan berlandaskan peruntukkan undang-undang serta arahan Jabatan Peguam Negara berdasarkan hasil penelitian terhadap kertas siasatan berkenaan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP