Posted 1 day ago
2.75K followers
1.02K views
35 likes
1 comments
10 shares
๐ง๐๐ฅ๐ข๐ช๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ฃ: ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐ฃ? Aura 'Program Affiliate: Cara Mudah Mulakan Perniagaan Digital' pada 5 September lalu masih segar! Program anjuran Program Siswa Niaga (PSN) dengan sokongan Jabatan Pengurusan Perniagaan ini telah menghimpunkan hampir 200 mahasiswa Keusahawanan termasuk 5 usahawan luar untuk latihan amali pendaftaran akaun affiliate dan suntingan video TikTok. Komitmen luar biasa peserta mendapat pujian daripada penceramah jemputan yang menyifatkan mereka sangat kreatif dan pantas mengadaptasi kemahiran pemasaran digital. Malah, rata-rata peserta turut meluahkan rasa teruja kerana modul praktikal ini sangat membuka mata, sekali gus menyuntik keyakinan mereka untuk mula menjana pendapatan sebenar melalui media sosial. Jom tonton video rangkuman ini untuk mendengar perkongsian eksklusif dan melihat sendiri kesungguhan bakal usahawan digital KPMBP tempoh hari! Program Siswa Niaga (PSN) Kolej Profesional MARA Bandar Penawar #Throwback #SiswaNiagaKPMBP #KPMBandarPenawar #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA