Posted 1 week ago
61.14K followers
834 views
103 likes
7 comments
10 shares
𝐏𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚: 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 Sepanjang dua dekad yang lalu, Malaysia telah membangunkan dan memperkukuh ekosistem Halal yang berteraskan kepercayaan, integriti dan kemajuan bersama. Hari ini, dengan pensijilan Halal Malaysia diiktiraf oleh 96 badan pensijilan antarabangsa di 49 negara, perniagaan tempatan kini mampu melangkah ke pentas global dengan lebih yakin. Apa yang menjadikan perjalanan selama 2 decad ini begitu bermakna ialah sifatnya yang inklusif. Daripada lebih 10,000 perniagaan yang diperakui Halal di Malaysia, lebih 60% pembekal Halal bukan Muslim. Ini membuktikan bahawa Halal telah berkembang jauh melangkaui asas keagamaannya menjadi satu penanda aras universal bagi kualiti, keselamatan dan kecemerlangan operasi yang memberi manfaat kepada semua. Bersama-sama, kita terus membuktikan kepada dunia keupayaan sebenar dan kecemerlangan Malaysia. #MATRADE #bridgingtheworld #MIHAS2026