Shiva99 ยท @shivabalan279

Posted 2 days ago
2.58K followers
330 views
25 likes
3 comments
0 shares

๐™ˆ๐™š๐™จ๐™ฎ๐™ช๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐˜ฝ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ข๐™– ๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™–-๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™– ๐™†๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ง๐™–๐™™๐™ž๐™จ๐™ž, ๐™†๐™†๐˜พ, ๐˜ผ๐™๐™ก๐™ž-๐˜ผ๐™๐™ก๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™ˆ๐™‹๐™†๐™Ž, ๐™‹๐™š๐˜ฝ๐™Ž ๐™ˆ๐™‹๐™†๐™Ž & ๐™‹๐™’๐˜ฝ ๐™‡๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™€๐˜ผ๐˜ฟ๐™„๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™ช๐™–๐™ก๐™– ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง , ๐™Ž๐™š๐™ฅ๐™ฉ๐™š๐™ข๐™—๐™š๐™ง 2026 ๐Ÿ’™โค๏ธ Mesyuarat bulan September 2026 bersama lantikan-lantikan politik KEADILAN Kuala Selangor berlangsung dalam suasana penuh semangat dan komitmen, dengan penglibatan Ahli-Ahli Majlis MPKS, PeBS MPKS serta PWB. Pelbagai isu tempatan dan perkara berkaitan kebajikan rakyat turut dibincangkan, khususnya usaha memperkukuh kerjasama bersama Ahli-Ahli Majlis dalam menyelesaikan permasalahan rakyat di peringkat akar umbi. Turut diberi perhatian ialah perancangan program-program yang dapat meningkatkan kesedaran rakyat mengenai inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI serta Kerajaan Negeri Selangor. Setiap program yang dirancang mestilah benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, bukannya sekadar memenuhi agenda atau nama. Penelitian yang menyeluruh perlu dilakukan agar setiap inisiatif mencapai objektif yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkaitan perlu terus diperkasakan supaya penyampaian bantuan dapat diperluas dan dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat. Program yang besar dan gah pada nama tetapi gagal mencapai objektif atau tidak memberikan impak yang jelas kepada rakyat juga perlu dinilai semula agar kelemahan yang sama tidak berulang. Turut dibincangkan beberapa perkara berbangkit, termasuk perancangan siri ceramah kelompok yang sedang diatur bersama JPRC Kuala Selangor di bawah pimpinan Saudara Hj. Maarof serta Ketua Penerangan KEADILAN Kuala Selangor, Saudara Nazril. Inisiatif ini merupakan antara usaha untuk terus mendekati masyarakat, mendengar suara rakyat serta menyampaikan penerangan mengenai isu-isu semasa. Kekuatan sesebuah parti bermula daripada akar umbi yang kukuh. Justeru, pengukuhan ranting, jentera dan gerak kerja di setiap kawasan akan terus menjadi agenda utama bagi memperkasakan KEADILAN Kuala Selangor. Dengan kesatuan, kerja kuat dan komitmen semua pihak, kita terus berusaha merampas kembali DUN Bukit Melawati dan DUN Ijok pada pilihan raya akan datang. ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™Ÿ๐™ช๐™ง ๐™‡๐™–๐™ก๐™ช, ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™‹๐™–๐™ฉ๐™–๐™. ๐˜ฟ๐™š๐™ข๐™ž ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐™†๐™ช๐™–๐™ก๐™– ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง ๐ŸŒŸ๐Ÿ’™โค๏ธ #KeadilanKualaSelangor #KitaSelangor #kualaselangor #fyp #viral