Posted 1 day ago
349.77K followers
597 views
26 likes
0 comments
0 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ PUTRAJAYA, 14 September 2026 โ Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi September 2026 telah berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya dan dianjurkan bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir ialah YBhg. Datoโ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Datoโ Aminudin bin Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan), barisan Pengarah Bahagian dan Negeri serta seluruh warga jabatan. Dalam ucapan YB Menteri Dalam Negeri mengingatkan warga KDN bahawa โmanusia yang baik ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lainโ. Pesanan ini menjadi peringatan agar setiap warga perkhidmatan awam sentiasa melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan, serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama, YB Menteri menekankan peranan ketua-ketua jabatan untuk menjadi teladan kepada warga di bawah kepimpinan masing-masing. Kepimpinan yang baik bukan hanya tertumpu kepada pengurusan organisasi, tetapi turut ditunjukkan melalui sikap, disiplin, amanah dan integriti yang boleh dicontohi oleh seluruh warga kerja. Justeru, penghayatan dan pengukuhan nilai integriti perlu menjadi tanggungjawab bersama di setiap peringkat perkhidmatan. Integriti yang kukuh penting dalam membentuk organisasi yang berwibawa, dipercayai serta mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara. #JabatanImigresenMalaysia #PerhimpunanBulanan #MalaysiaMadani