Jabatan Imigresen Malaysia ยท @imigresenmy

Posted 4 days ago
349.77K followers
1.79K views
47 likes
1 comments
0 shares

๐‰๐ˆ๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐†๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‚๐‡๐ˆ๐๐€ LIANYUNGANG, CHINA, 8-10 September 2026 โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam pengurusan migrasi dan keselamatan sempadan menerusi penyertaan dalam Global Public Security Cooperation Forum (Lianyungang) 2026 โ€“ Migration Management Cooperation Sub-Forum yang berlangsung di Lianyungang, Jiangsu, Republik Rakyat China. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Datoโ€™ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, bersama pegawai-pegawai kanan JIM. Penyertaan ini menjadi platform penting untuk Malaysia berkongsi pengalaman, pendekatan serta hala tuju transformasi pengurusan imigresen, di samping mempelajari perkembangan dan amalan terbaik negara-negara lain dalam menangani landskap migrasi global yang semakin kompleks. Dalam sesi plenari, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia mengetengahkan perjalanan transformasi JIM ke arah ekosistem imigresen yang lebih bersepadu, digital dan berasaskan risiko. Antara inisiatif yang diberi perhatian termasuk pembangunan National Integrated Immigration System (NIISe), pengukuhan Advanced Passenger Screening System (APSS), MyExpat serta Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan integriti pengurusan data imigresen. Lawatan ini turut menjadi signifikan kepada hubungan Malaysiaโ€“China apabila JIM dan National Immigration Administration (NIA) China mengadakan pertemuan dua hala bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua agensi. Perbincangan memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat dan risikan, pengurusan migrasi, pembangunan kapasiti pegawai, penggunaan teknologi serta kerjasama menangani cabaran rentas sempadan. JIM turut menyatakan hasrat untuk memperluas kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pengurusan sempadan, termasuk peluang latihan dan penempatan jangka pendek pegawai bagi meningkatkan keupayaan serta kepakaran dalam bidang berkenaan. Hubungan erat JIM dan NIA merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Malaysia dan Republik Rakyat China untuk memperkukuh kerjasama dalam pengurusan migrasi serta pencegahan dan pembanterasan jenayah rentas negara. Penyertaan JIM dalam forum antarabangsa seperti ini mencerminkan komitmen Jabatan untuk terus bergerak seiring perkembangan global, memperkukuh keupayaan institusi serta membina rangkaian kerjasama strategik demi memastikan sistem imigresen negara kekal selamat, cekap dan responsif terhadap cabaran masa hadapan. Turut hadir Pn. Norlizawaty Abdu Samad, Pengarah Dasar & Perancangan Strategik dan diiringi oleh En. George Blaise, Atase Imigresen Bejing. #JabatanImigresenMalaysia #PengurusanMigrasi #MalaysiaMadani #KementerianDalamNegeri