Jabatan Imigresen Malaysia ยท @imigresenmy

Posted 5 days ago
349.77K followers
3.92K views
73 likes
3 comments
115 shares

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—๐—œ๐—  ๐——๐—œ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—Ÿ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก, ๐Ÿญ,๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฒ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก PUTRAJAYA, 9 September 2026 โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini telah melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu secara serentak di 40 lokasi perkilangan di seluruh negara yang dikenal pasti mempunyai kehadiran warga asing yang tinggi. Operasi ini melibatkan seramai 715 pegawai Imigresen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Operasi dilaksanakan berdasarkan aduan awam serta hasil risikan dan pemantauan terhadap maklumat yang diterima. Dalam operasi tersebut, seramai 2,159 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 1,196 warganegara asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 63 tahun, terdiri daripada 946 lelaki dan 250 perempuan melibatkan warganegara Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India, Nepal serta lain-lain warganegara. Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan berkaitan. Turut dikeluarkan sebanyak 37 Saman Kepada Saksi kepada warganegara Malaysia bagi membantu siasatan. Kesemua warganegara asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. JIM mengingatkan orang ramai dan para majikan supaya tidak melindungi, menggaji atau membenarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berada di premis mereka. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.