Posted 5 days ago
349.77K followers
41.1K views
705 likes
58 comments
222 shares
๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐จ๐ก๐๐๐ฅ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐จ๐ก๐๐๐ก๐-๐จ๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก Pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR masih dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan tertakluk kepada Akta Imigresen 1959/63. Pengecualian yang diberikan hanya melibatkan dua kesalahan imigresen, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta tinggal lebih masa. Pengecualian ini bukan pelepasan daripada peruntukan lain di bawah Akta Imigresen. Ini bermakna pemegang kad UNHCR tidak boleh bekerja tanpa pas atau permit yang sah dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka melakukan kesalahan imigresen lain. Majikan yang menggaji mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jangan keliru. Jangan sebarkan maklumat yang tidak tepat. Fahami fakta dan undang-undang yang berkuat kuasa. Ketahui fakta melalui infografik ini, layari laman web dan media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat yang sahih dan tepat. #JabatanImigresenMalaysia #ImigresenMalaysia #JIM