Jabatan Imigresen Malaysia ยท @imigresenmy

Posted 5 days ago
349.77K followers
9.14K views
141 likes
9 comments
79 shares

๐—๐—œ๐—  ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐— , ๐Ÿฏ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—ฌ๐—” PUTRAJAYA, 9 September 2026 โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan di sebuah kawasan pangsapuri sekitar Putrajaya pada awal pagi tadi, susulan aduan dan maklumat awam berhubung kehadiran warga asing yang tinggi di lokasi berkenaan. Operasi yang melibatkan seramai 127 pegawai daripada Ibu Pejabat JIM Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilaksanakan hasil risikan serta pemantauan yang dijalankan berdasarkan maklumat diterima. Dalam operasi tersebut, seramai 740 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 325 warganegara asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan Thailand berusia antara 18 hingga 56 tahun, melibatkan 270 lelaki dan 55 perempuan. Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan berkaitan. Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. JIM memandang serius setiap aduan dan maklumat awam berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen. Setiap maklumat yang mempunyai asas akan dinilai dan dikembangkan melalui risikan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersasar berdasarkan peruntukan undang-undang. JIM akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), salah guna pas serta penyalahgunaan kemudahan imigresen. Tindakan turut akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menggaji, melindungi atau membantu warga asing yang melakukan kesalahan imigresen. Majikan dan pemilik premis diingatkan supaya memastikan setiap warga asing yang digaji atau ditempatkan mempunyai dokumen serta pas yang sah dan mematuhi syarat yang ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang. Orang ramai digalakkan untuk terus menjadi rakan strategik JIM dengan menyalurkan maklumat yang lengkap melalui saluran rasmi Jabatan sekiranya mengesyaki keberadaan PATI atau sebarang pelanggaran undang-undang imigresen. #tiadaharitanpaoperasi #OpsGempur #JabatanImigresenMalaysia #imigresenperkasa #PATI