KPM BANDAR PENAWAR OFFICIAL · @kpmbp.official

Posted 1 week ago
2.75K followers
789 views
26 likes
0 comments
2 shares

♟️🔥 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜𝗙 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗧𝗨𝗥 𝗕𝗜𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗣𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲🔥♟️ Alhamdulillah, selesai 2 hari sesi latihan intensif Catur Bistari pada 4 & 5 September 2026. Hari ini, 6 September, latihan diteruskan dengan kumpulan seterusnya bagi melengkapkan sesi persediaan sebelum pertandingan sebenar pada 9 September 2026. 🏆 Keseluruhannya, 27 kumpulan homeroom KPM Bandar Penawar menyertai cabaran ini. Terima kasih atas komitmen dan semangat semua yang sanggup belajar, mencuba dan menyusun strategi! 👏🏻 Catur Bistari bukan sekadar permainan. Ia merupakan business game yang memupuk hikmah bisnes — belajar menjana pendapatan, mengurus aset, membuat keputusan kewangan dan merancang strategi. Lebih menarik, bukan keuntungan semata-mata yang dikejar. Ada juga Mata Amal ❤️ kerana dalam dunia sebenar, kejayaan bukan sekadar berapa banyak yang kita miliki, tetapi juga berapa banyak yang kita mampu beri dan manfaatkan untuk orang lain. 💰 Sambil berbisnes, sambil membina aset. ❤️ Sambil berjaya, sambil beramal. Hari ini kita habiskan sesi latihan. Selepas itu… 🔥 9 SEPTEMBER 2026 — GAME ON! 🔥 Siapa bakal mengumpul aset tertinggi? Siapa bakal memperoleh mata amal tertinggi? Dan kumpulan mana bakal bergelar JUARA CABARAN CATUR BISTARI KPMBP 2026? 🏆♟️ MEMUPUK HIKMAH BISNES ✨ Sambil Berbisnes, Sambil Beramal ✨ #CaturBistari #KPMBandarPenawar #KPMBP #HomeroomKPMBP #HikmahBisnes